ANDAI ITU DI NAMAKAN CINTA
Ia tidak mendengar namun sentiasa bergetar
Ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa
Ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji
Ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha

Ia tidak cantik namun sentiasa menarik
Ia tidak datang dengan kata2 namun sentiasa
menghampiri dengan hati
Ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa
hadir dengan sinar mata
Ia tidak hanya berjanji namum sentiasa
cuba memenangi
Ia mungkin tidak suci namun sentiasa harmoni
Ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir
kerana ketentuan
Ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan...